Hai! Selamat datang ke website Kuntom’s Inn. Kalau korang sedang merancang percutian ke Bandaraya Kuantan, jom menginap di homestay kami i.e Kuntom’s Inn. Kami sangat mengesyorkan korang untuk stay dengan kami kalau;
- Korang travel dengan big family (keluarga besar dan ramai)
- Kalau ramai-ramai nak stay dekat hotel, mesti kena ambil banyak bilik. Di Kuantan ni, harga bilik hotel untuk 1 bilik 2 orang ialah paling basic MYR 100 ke atas. Kalau dah 10 orang, berapa tu nak kena spend pada hotel sahaja?
- Duduk homestay la senang sebab homestay kami max boleh masuk sehingga 10 pax. Jimat pun jimat, ye dak?
- Korang prefer masak daripada makan dekat luar
- Kat Kuantan ni, secara umumnya makan di luar agak mahal (masih boleh jumpa tempat yang murah, jangan risau). Ditambah pulak kalau korang datang dengan big family dan stay lebih daripada satu malam, mau rabak poket tu!
- Kalau stay di homestay kami, kami dah pun sediakan peralatan memasak yang mencukupi – dapur masak, peti ais, pinggan mangkuk dll. Jadi senanglah korang nak memasak dan dapat jimat lagi belanja trip korang. Nanti bolehlah spend pada benda lain pulak.
- Korang lebih selesa untuk stay di rumah berbanding hotel
- Yang tak best di hotel ni kadang-kadang ialah sebab space dia yang agak terhad. Saiz bilik ngam-ngam je untuk kita. Tapi bila nak berkumpul semua anak beranak, memang tak bolehlah jawabnya. Tak muat!.
- Homestay kami mempunyai ruang tamu dan dapur yang luas. Di luar pula, porch kami boleh memuatkan 2 buah kereta (atau 3 buah kereta kecil) serta terdapat ruang tengah porch yang spacious – ada kerusi meja dan buaian jadi korang boleh lepak di luar sambil enjoy angin petang.
Amacam, best kan? Untuk makluman, kami akan mula beroperasi sepenuhnya pada 20 Ogos 2025 ni. Dalam post akan datang, kami akan up gambar-gambar homestay. Apapun, kami dah mula buka tempahan daripada sekarang (untuk stay mulai daripada tarikh operasi). Kalau korang nak book homestay, boleh WhatsApp 011-16984154 (strictly WhatsApp ya, call tidak akan dilayan).
Leave a comment